KURSUS I-SKILL TVET (SMART KIROPRAKTIK SIRI 1)

TRONOH, PERAK, 22 FEBRUARI 2025 - Cawangan Pembangunan Data Dan Promosi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Kursus I-Skill TVET (Smart Kiropraktik Siri 1) bertempat di Auditorium APBM Batu Gajah.

Modul hari ini adalah Bond Adjustment Introduction, Postural Analysis With Cervical Adjustment serta Anatomy Lower Body & Thoracic Adjusment telah disampaikan oleh En. Mohd Nazar bin Mardi Pengasas NM Align Bone Adjustment.

Kursus ini adalah merupakan program yang membuka peluang peserta mempelajari ilmu kemahiran dalam bidang perkhidmatan urutan kiropraktik bagi memenuhi permintaan dan "trend" terkini seterusnya dapat mencipta perniagaan sendiri berasaskan kemahiran tersebut. Objektif kursus adalah dapat memberi kefahaman dan pengetahuan berteraskan asas kemahiran urutan kiropraktik kepada peserta yang hadir. Selain itu, menerapkan konsep asas keusahawanan dengan memberi penerangan kepada peserta tentang kepentingan asas kemahiran yang dipelajari boleh diaplikasikan dalam bidang keusahawanan serta menggalakan peserta menceburi bidang perniagaan yang berpotensi untuk memberi pulangan yang lumayan.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Tines Kumar a/l M Lingam Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah, Perak.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search