- APBM Batu Gajah
- Hits: 105
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS RANCANGAN PERNIAGAAN (STEP TO SUCCESS) ZON UTARA 2025
- APBM Batu Gajah
- Hits: 105
SUNGAI PETANI KEDAH, 24 FEBRUARI 2025 - Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Kursus Rancangan Perniagaan (Step To Success) Zon Utara 2025 bermula pada 21-24 Februari 2025 bertempat di Institut Pengurusan Peladang Sungai Petani, Kedah.
Program ini diadakan dengan objektif untuk membantu para belia dalam Penyediaan Kertas Kerja / Kertas Rancangan Perniagaan dan meningkatkan pengetahuan mengenai Pemasaran, Kewangan dan Pentadbiran. Selain itu, membimbing dan membantu para belia mengenal pasti masalah semasa memulakan sesuatu perniagaan serta memberi kefahaman mengenai peluang-peluang perniagaan serta kemungkinannya. Perkongsian program telah disampaikan oleh penceramah berpengalaman iaitu Encik Kamaruzzaman bin Kamaludeen atau lebih dikenali sebagai Coach KK dan Encik Mohd Lizam bin Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai Coach Lizam.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak. Selamat maju jaya kepada semua peserta kursus dan jumpa lagi.