- APBM Batu Gajah
- Hits: 113
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BILANGAN 1/2025
- APBM Batu Gajah
- Hits: 113
TRONOH, PERAK, 18 FEBRUARI 2025 – Cawangan Pengembangan Inovasi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Bilangan 1/2025 yang disertai oleh semua Kakitangan APBM Batu Gajah.
Majlis yang dianjurkan secara berkala ini menjadi platform bagi pengurusan tertinggi untuk menyampaikan perutusan dan juga amanat-amanat daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Menyusul selepas itu adalah tayangan video bagi program yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang Januari hingga Februari 2025 dan majlis meraikan sambutan hari lahir serta penyampaian sijil kepada pekerja terbaik (bulanan) yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang bagi bulan Disember 2024, Januari 2025 dan Februari. 2025. Diselitkan juga sesi Taklimat Penerangan Program Kebajikan MAKSAK Khas Untuk Kakitangan Kerajaan yang telah disampaikan oleh Dato’ Shahrul Afendi daripada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK).
Turut hadir dalam Perhimpunan Bulanan Bilangan 1/2025 ini adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah serta En. Tines Kumar a/l M Lingam Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.