SESI BACAAN SURAH YASSIN & DOA SELAMAT

TRONOH, PERAK, 14 FEBRUARI 2025 – Unit Bina Insan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah menganjurkan Majlis Bacaan Surah Yassin serta Doa Selamat telah disampaikan oleh Ustaz Azizanhabri bin Nurman yang merupakan Imam Masjid Jamek Daerah Seri Iskandar Perak.

Majlis yang berlangsung selama sejam di Bilik Gerakan APBM Batu Gajah ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan APBM Batu Gajah. Majlis ini diadakan adalah untuk memupuk rasa cinta kepada ibadah dengan membina budaya berdoa kepada Allah serta dapat menjalinkan ukhwah antara pegawai dan kakitangan APBM Batu Gajah. Selain itu, dapat meningkatkan sahsiah diri dengan rasa keinsafan bahawa yang hidup pastinya akan meninggal dunia suatu hari nanti.

APBM Batu Gajah mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Azizanhabri bin Nurman kerana sudi mengetuai Majlis Bacaan Yassin serta Doa Selamat. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat. Semoga majlis seperti ini menjadi amalan dan diteruskan lagi pada masa akan datang. Semoga Allah memberkati kita semua dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search