
- JBSN
- Hits: 281
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) | Januari 2025
- JBSN
- Hits: 281
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah berlangsung bagi Januari 2025 😎. Majlis yang disempurnakan oleh YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara ini telah diadakan secara hibrid dan disertai seluruh warga JBSN termasuklah di peringkat negeri dan daerah 🇲🇾
Dalam amanatnya, KP JBSN telah menyentuh beberapa perkara termasuklah perihal pelaksanaan program yang harus berpaksikan dokumen dasar dan pelan tindakan sedia ada termasuk Dasar Belia Malaysia, Rancangan Malaysia Kedua Belas, Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Malaysia dan lain-lain 📚
Selain itu, kepentingan menjaga tatakelola dari aspek kewangan dan pegurusan turut disinggung KP JBSN agar selaras dengan hasrat yang dinyatakan oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Turut hadir ke majlis berkenaan, YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, TKP (Pembangunan Belia) JBSN, En. Abd Aziz bin Abd Rahman , TKP (Pembangunan Sukan) JBSN serta En. Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, TKP (Rakan Muda), JBSN