YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia 💪
Pertemuan menekankan kesediaan kedua-dua pihak dalam mengolah strategi dan kaedah bagi memperkasakan golongan belia berlandaskan kolaborasi strategik seiring aspirasi yang ditonjolkan dalam Model Pembangunan Belia MADANI 2030 🇲🇾 Delegasi IPSAS yang diketuai pengarahnya, YBrs. Prof. Dr. Haslinda binti Abdullah menyatakan kesediaan pihaknya dalam memberikan khidmat kursus dan latihan, pelaksanaan program serta penyelidikan terkait pembangunan belia 🤝
Turut hadir ke sesi ini adalah YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN 🫰
