KSU KBS ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI JBSN


    KUALA TERENGGANU, 6 JUN 2026 - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dato' Rahimi Ismail mengadakan pertemuan bersama pengurusan tertinggi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sempena Mesyuarat Pengarah-pengarah JBSN Bilangan 2 Tahun 2026 bertempat di salah sebuah lokasi di Kuala Terengganu, hari ini.

    Sesi interaksi yang membawakan tema “Memperkasa Aspirasi, Menangani Cabaran” ini merupakan medium terbaik bagi berkongsi pandangan, melontarkan idea dan menyuarakan cabaran daripada perspektif JBSN termasuklah di peringkat negeri dan daerah.

    Menurut Ketua Pengarah JBSN, Puan Azura Abidin, sesi interaksi yang julung kali diadakan ini sangat signifikan bagi mendengar amanat dan pandangan daripada Ketua Setiausaha KBS seterusnya disampaikan kepada seluruh warga kerja JBSN di seluruh negara.

    "Insya-Allah JBSN menyambut baik setiap nasihat dan amanat yang telah disampaikan bagi memastikan gerak kerja tersusun dan teratur demi menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh terutamanya belia dan sukan," tambah beliau.

    Terdahulu, Dato' Rahimi Ismail mengadakan pertemuan bersama warga kerja di bawah skim perkhidmatan belia dan sukan yang berkhidmat di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dan kader bagi zon pantai timur.

    Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Encik Abdullah Hasan.

    Ditulis oleh: Media JBSN


    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 07-06-2026, 18:38:36

    Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search