MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH JBSN BILANGAN 2 TAHUN 2026


    KUALA TERENGGANU, 5 JUN 2026 - Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Abidin mempengerusikan Mesyuarat Pengarah-pengarah JBSN Bilangan 2 Tahun 2026 bertempat di Kuala Terengganu bermula 4 hingga 6 Jun 2026.

    Mesyuarat ini merupakan mesyuarat pengurusan dan pentadbiran yang diadakan secara bagi berkala bagi memperkemaskan gerak kerja dan tadbir urus merangkumi segenap perspektif termasuklah kewangan, pengurusan aset, pembangunan, sumber manusia dan sebagainya.

    Menurut Puan Azura, JBSN komited bagi memastikan setiap gerak kerja dan tindakan diadakan secara berstruktur dan mematuhi setiap garis panduan dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.

    "Penganjuran mesyuarat ini juga merupakan platform terbaik untuk memperkukuhkan tatakelola dan integriti terutamanya melibatkan penyelarasan dari peringkat daerah, negeri dan ibu pejabat," tambah beliau.

    Turut hadir, semua timbalan ketua pengarah (TKP) dan pengarah-pengarah dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Akademi Pembangunan Belia Malaysia dari seluruh negara.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 05-06-2026, 17:57:10

    Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search