TAWARAN ISTIMEWA BAGI PENYERTAAN PROGRAM RAKAN MUDA!


    PUTRAJAYA, 4 JUN 2026 - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan hadir bagi menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan foodpanda, Grab dan Gamuda Land bertempat di Menara KBS, Putrajaya, hari ini.

    Kerjasama ini akan melibatkan penggunaan logo di semua platform digital berserta pemberian tawaran istimewa bagi acara dan penyertaan program di bawah inisiatif Rakan Muda. 

    Antara tawaran yang ditawarkan adalah pemberian diskaun kepada para pelanggan foodpanda Malaysia yang menyertai program Rakan Muda, pemberian yuran langganan percuma dalam tempoh dua (2) bulan pertama kepada bagi ahli baharu Grab Unlimited, pemberian subsidi kepada ahli baharu Grab Unlimited sebanyak 60% pada yuran langganan setiap bulan dengan 40% kadar kos ditanggung oleh Grab Malaysia, pemberian kadar istimewa kepada peserta ke GL Play by Gamuda Land dan sebagainya.

    Menurut YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, MoU ini sangat penting kerana akan memberikan impak dan kebaikan kepada anak muda terutamanya selepas diluncurkan semula oleh YAB Perdana Menteri pada tahun 2023.

    "Kita ingin perkasakan lagi kolaborasi dan program di bawah Rakan Muda serta mengalu-alukan kerjasama dan sokongan daripada mana-mana pihak," tambah beliau.

    JBSN telah diwakili oleh Ketua Pengarah, Puan Azura Abidin. Turut hadir, Ketua Setiausaha KBS, Dato' Rahimi Ismail.

    Ditulis oleh: Nurul Iman Aznan, Pelatih Industri UPNM
     

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 13-06-2026, 08:51:59

    Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search