
HULU LANGAT, 3 JUN 2026 - Ketua Pengarah JBSN, Puan Azura Abidin merasmikan projek rintis, Kem Rakan Muda bertempat di Kem Tekali, Hulu Langat bermula 2 hingga 5 Jun 2026.
Kem yang menghimpunkan peserta dalam kalangan anak muda yang berumur 12 hingga 17 tahun ini merupakan platform terbaik untuk meneroka potensi diri menerusi pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah, kepimpinan, kerja berpasukan dan pembelajaran berasaskan pengalaman.
Menurut Puan Azura, projek rintis ini merupakan percubaan bagi menguji, menilai dan memurnikan Modul Kem Rakan Muda yang telah dibangunkan semula dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
"Selepas semua modul dan pengisian dimuktamadkan menerusi kem ini, pelaksanaannya akan diperluaskan di seluruh negara bermula September 2026," tambah beliau.
Majlis perasmian turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Rakan Muda), Encik Shamsuhaime Basir.
Ditulis oleh: Nurul Iman Aznan, Pelatih Industri UPNM
