KP JBSN TERIMA LAPOR DIRI PEGAWAI BAHARU


    PUTRAJAYA, 22 MEI 2026 - Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Puan Azura Abidin menerima lapor diri beberapa pegawai yang bertukar di pejabatnya di Menara KBS, Putrajaya, hari ini.

    Pertukaran yang melibatkan seramai enam orang pegawai ini mula berkuat kuasa pada 22 Mei 2026 dengan penglibatan beberapa bahagian di dalam JBSN.

    Menurut Puan Azura Abidin, pertukaran merupakan kebiasaan di dalam perkhidmatan awam terutamanya melibatkan pusingan kerja bagi memastikan kompetensi, kecekapan dan tanggungjawab para pegawai berada pada tahap optimum.

    "Semoga semua pegawai yang terlibat dapat menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin seterusnya memberikan impak kepada pembangunan belia dan sukan," tambah beliau.

    Ditulis oleh: Nurul Iman Aznan, Pelatih Industri UPNM


    SENARAI PENUH PERTUKARAN:

    Puan Azlina binti Zainal Abidin (Pegawai Belia dan Sukan Gred S10) - Bahagian Pembangunan Sukan

    Encik Mohd Mu'azam Shah bin Abdul Mutalib - (Pegawai Belia dan Sukan Gred S10) - Bahagian Pembangunan Belia

    Encik Fadzil Hadri bin Mohd Nawawi - (Pegawai Belia dan Sukan Gred S10) - Bahagian Pembangunan Belia

    Encik Mohd Azzam bin Azmi - (Pegawai Belia dan Sukan Gred S10) - Bahagian Pembangunan Belia

    Encik Mujahid bin Mohd Rahim - (Pegawai Belia dan Sukan Gred S9) - Bahagian Pembangunan Sukan

    Encik Hasrulhisham bin Suhaimi - (Pegawai Belia dan Sukan Gred S9) - Bahagian Pembangunan Rakan Muda

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 29-05-2026, 16:25:38

    Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search