Sinergi JBSN - PESRON Pacu Pemerkasaan Sukan OKU


    PUTRAJAYA, 8 Mei - Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bersama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) terus komited memperkukuh agenda pemerkasaan sukan OKU di negara ini.

    Komitmen tersebut dizahirkan menerusi penganjuran Sesi Libat Urus Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Pn. Azura Abidin bersama PESRON yang berlangsung secara dalam talian dengan penyertaan pelbagai pemegang taruh berkaitan.

    Sesi ini menjadi platform strategik bagi membincangkan usaha memperkasa peranan PESRON dalam pembangunan sukan akar umbi agar terus lestari, relevan dan seiring aspirasi pembangunan sukan negara.

    Turut hadir, En. Abd Aziz Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) JBSN.

    Pemerkasaan Sukan OKU, JBSN Komited!

    #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

    Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search