
SENDAYAN, 6 Mei - Ayuh rakyat Malaysia! Jom gegarkan d'Tempat dan X Park, Sendayan, Negeri Sembilan dari 15 hingga 17 Mei ini sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan 2026.
Ini bukan sekadar sambutan, inilah platform penghargaan buat anak muda! Inilah juga pentas buat anda untuk berkarya, beraksi dan bersuara.
Persiapan sambutan kini di fasa akhir, YB Dr. Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan telah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan serta turun padang meninjau lokasi bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.
Hadir sama, YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YBhg. Dato' Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS serta YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN.
Menggerak Belia, JBSN Komited!
#HBN2026 #MenggerakBelia #BeliaMADANI #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
