Kem Pemilihan Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2026


    BANGI, 4 Mei - Daripada lebih 18,000 permohonan, hanya 139 terbaik telah disenarai pendek ke Kem Pemilihan Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2026 yang berlangsung di Institut Latihan Pos Malaysia, Bangi, Selangor.

    Sepanjang kem, para peserta diuji dengan pelbagai modul mencabar meliputi aspek kepimpinan, komunikasi hingga ke daya tahan diri.  
    Hanya yang benar-benar ‘crème de la crème’ bakal dipilih untuk mewakili Malaysia ke pentas antarabangsa seperti Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP), ASEAN-Trans Backpackers Program dan banyak lagi.

    Inisiatif berimpak tinggi ini turut mendapat sokongan padu daripada rakan strategik seperti KABESA, MYXAA, MBM, ATLAS dan pelbagai pihak lain.

    Hadir menyempurnakan Majlis Penutupan Kem Pemilihan Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2026 ialah YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang turut diiringi YBrs. Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN.

    #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

    Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search