
WANGSA MAJU, 14 Mac - Malam ini Rakan Muda “lepak santai” di 8055 Coffee, Wangsa Maju, Kuala Lumpur bersama YB Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan.
Sesi moreh dan sembang santai ini memberi ruang kepada anak-anak muda untuk berkongsi pandangan serta cadangan berkaitan pembangunan belia. Kami amat menghargai setiap idea yang disampaikan.
Kementerian Belia dan Sukan akan terus komited mendengar suara anak muda serta melaksanakan inisiatif yang memberi impak positif dan selari dengan aspirasi mereka.
Turut hadir ialah YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara serta En. Sabran Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Yakin Boleh, Rakan Muda!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
