Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Buka Tirai di Kg. Tagaroh, Kota Marudu, Sabah


    Program Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 (Kembara JOM 2.0) membuka tirainya di Kg. Tagaroh, Kota Marudu, Sabah, sebagai destinasi pelaksanaan bagi siri Zon Borneo 1 yang menghimpunkan penyertaan anak muda dari seluruh negeri Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

    Program yang berlangsung dari 15 hingga 17 Ogos 2025 ini menampilkan pelbagai aktiviti yang bersifat inklusif, bermanfaat dan menarik dengan penglibatan aktif belia serta komuniti setempat.

    Lebih istimewa, para peserta disambut mesra oleh keluarga angkat yang menjadi tempat berteduh sepanjang program. Kehadiran keluarga angkat bukan sahaja memberi pengalaman bertukar budaya, malah membina hubungan silaturahim dan kenangan bermakna antara belia dan masyarakat tempatan.

    Inisiatif Kembara JOM 2.0 ini merupakan salah satu usaha strategik dalam memperluas jaringan, memperkukuh nilai kebersamaan serta meningkatkan penglibatan belia secara langsung dalam pembangunan komuniti.

    Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) kekal komited untuk menjayakan agenda pemerkasaan belia, seiring aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan holistik, kesejahteraan masyarakat dan keterangkuman.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search