Jaguh Rakan Muda Pulau Pinang


    George Town, Pulau Pinang, 13 Ogos 2025 – Program uji bakat Jaguh Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat di 1st Avenue Mall, George Town, Pulau Pinang pada 9 hingga 10 Ogos 2025.

    Program yang bertujuan mencungkil bakat, potensi serta daya juang anak muda ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta yang hadir. Kesungguhan dan semangat juang yang ditonjolkan jelas mencerminkan peranan belia sebagai aset penting negara dalam membina Malaysia MADANI.

    Pulau Pinang menjadi lokasi pertama penganjuran siri uji bakat Jaguh Rakan Muda bagi tahun ini. Selepas Pulau Pinang, penganjuran akan diteruskan di empat lokasi lain yang telah dikenal pasti, bagi memberi peluang lebih ramai anak muda seluruh negara untuk menyertai program ini.

    Menurut pihak penganjur, Jaguh Rakan Muda bukan sahaja berperanan sebagai platform untuk menggilap bakat, malah menjadi ruang bagi melahirkan generasi muda yang berdaya saing, berkualiti dan seimbang dari aspek sahsiah, kesihatan serta kepimpinan.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search