Sekolah Angkat MADANI: KP JBSN Ziarah KAFA Integrasi Manbaul Ulum
Seri Kembangan, Selangor – Inisiatif Sekolah Angkat MADANI yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri terus mendapat perhatian apabila Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Pn. Azura binti Abidin, hari ini mengadakan lawatan rasmi ke KAFA Integrasi Manbaul Ulum, Seri Kembangan.
Program Sekolah Angkat MADANI ini merupakan sebahagian daripada usaha bersepadu meningkatkan kualiti hidup dan pendidikan rakyat, sejajar dengan agenda Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan holistik serta kesejahteraan masyarakat.
Melalui pendekatan ‘Whole of Government’, KAFA Integrasi Manbaul Ulum telah terpilih sebagai Sekolah Angkat MADANI kepada KP JBSN.
Dalam lawatan berkenaan, Pn. Azura berkesempatan bertemu dengan pihak pengurusan sekolah bagi membincangkan beberapa keperluan utama, termasuk penambahbaikan infrastruktur dan penyediaan peralatan sukan demi manfaat murid-murid.
Langkah ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada perkembangan pelajar bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi juga sahsiah, kesihatan dan pembangunan modal insan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.