JBSN Perkukuh Prestasi, Semak Hala Tuju Menuju RMK-13


    KUALA TERENGGANU, 10 Ogos – Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Puan Azura Abidin, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah JBSN Bilangan 3 Tahun 2025 di sini.

    Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari, dari 10 hingga 11 Ogos 2025, memberi fokus kepada Semakan Separuh Penggal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan di peringkat negeri bagi menilai pencapaian semasa dan memperkukuh hala tuju strategik.

    Selain itu, perbincangan turut menumpukan kepada persediaan serta pelaksanaan strategi JBSN selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) 2026–2030, yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri minggu lalu.

    Langkah ini menegaskan iltizam JBSN untuk terus memacu pembangunan belia dan memantapkan sektor sukan negara, demi kesejahteraan serta kemajuan rakyat.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search