- JBSN
- Hits: 61
Jelajah Kayuhan Solidariti ASEAN 2025: Semarakkan Perpaduan Serantau Melalui Gaya Hidup Sihat
- JBSN
- Hits: 61
KUALA TERENGGANU, 9 Ogos – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli telah menyempurnakan simbolik pelepasan lebih 4,000 peserta termasuk dari negara-negara ASEAN dalam Jelajah Kayuhan Solidariti ASEAN 2025 yang berlangsung di Dataran Batu Buruk, Terengganu, hari ini.
Acara berbasikal dan larian tersebut bukan sahaja bertujuan membudayakan gaya hidup sihat, malah menjadi platform memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama serantau di bawah payung ASEAN.
Turut hadir memeriahkan acara ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, YB Ustaz Haji Hishamudin Abdul Karim serta Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
Dengan semangat kebersamaan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menegaskan komitmen ke arah membina masa depan ASEAN yang inklusif, mampan dan berdaya saing.