JBSN–PETRONAS Tekad Teroka Sinergi Perkasa Belia




    PUTRAJAYA, 5 Ogos 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) terus komited memperkukuh agenda pembangunan belia negara apabila menerima kunjungan hormat delegasi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang diketuai oleh En. Khairul Hisham bin Hj. Mazlan, Pengurus Besar, Pengurusan Advokasi Jenama PETRONAS.

    Kunjungan tersebut disambut oleh YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah JBSN, dalam satu pertemuan strategik yang berlangsung di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya.

    Pertemuan ini membuka ruang kepada perbincangan ke arah mewujudkan sinergi jangka panjang antara JBSN dan PETRONAS dalam memperkasakan belia Malaysia. Selain itu, ia turut mengetengahkan potensi penglibatan lebih signifikan PETRONAS dalam pembangunan industri sukan negara.

    Antara fokus utama perbincangan termasuklah perkongsian hala tuju serta pelaksanaan program yang melibatkan segmen belia, sukan dan Rakan Muda di bawah kendalian JBSN, yang berpotensi diperkasa melalui sokongan dan kolaborasi strategik pihak industri korporat.

    Kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen untuk meneroka peluang kerjasama bersifat lestari yang mampu membawa impak positif kepada komuniti belia dan landskap sukan Malaysia secara keseluruhannya.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search