ASEAN Youth Volunteer (AYV) 2025


    ASEAN Youth Volunteer 2025: Pemangkin Komuniti Inklusif dan Lestari Serantau

    KUALA LUMPUR, 12 Julai 2025 – Sempena Pengerusi ASEAN–Malaysia 2025, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan ASEAN Youth Volunteer (AYV) 2025 bermula 12 hingga 19 Julai, melibatkan forum dan khidmat komuniti belia serantau.

    Program ini telah dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, dan berfungsi sebagai platform penting untuk meningkatkan kesedaran belia ASEAN tentang kepentingan kesukarelawanan sebagai pemacu pembangunan sosial menerusi nilai kemanusiaan, kesejahteraan, demokrasi dan pemerkasaan ekonomi.

    ASEAN Youth Volunteer Forum, yang berlangsung hari ini, menghimpunkan pemimpin belia, pembuat dasar dan wakil organisasi serantau untuk sesi perkongsian strategik.

    Bermula 13 hingga 19 Julai, para peserta akan menjalani latihan kepimpinan, projek komuniti, pertukaran budaya dan dialog dasar di Sabah dan Sarawak, bersama rakan belia dari negara-negara ASEAN, memupuk jaringan serantau yang inklusif dan berimpak tinggi.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search