- JBSN
- Hits: 158
Persidangan MPBN Peringkat Kebangsaan 2025- Sidang Pertama, Penggal ke-35, Sesi 2025–2026
- JBSN
- Hits: 158
Persidangan MPBN Peringkat Kebangsaan 2025
KUALA LUMPUR, 10 Julai 2025 – YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hari ini mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sidang Pertama, Penggal ke-35, Sesi 2025–2026 yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.
MPBN merupakan wadah penting libat urus antara kepimpinan belia negeri dan kebangsaan bersama wakil-wakil kementerian serta agensi persekutuan, bagi membincangkan dasar dan halatuju pembangunan belia negara secara inklusif dan berstruktur.
Ditubuhkan secara rasmi sejak 15 Mei 1971, MPBN kini dianggotai oleh 142 orang perwakilan belia dari seluruh negara dan terus berperanan sebagai suara rasmi generasi muda dalam menyuarakan keperluan, cadangan serta pandangan berkaitan pembangunan negara.
Dalam sidang kali ini, sebanyak tiga (3) usul utama telah dibahaskan, meliputi isu-isu kritikal berkaitan hala tuju pembangunan belia Malaysia, pemerkasaan kapasiti kepimpinan belia serta peranan belia dalam ekosistem ekonomi dan digital.
Turut hadir menyokong sesi persidangan ini ialah:
YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan
YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS
YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN)
YBrs. Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN
Saudara Mohd Izzat Afifi Abd Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
Persidangan ini terus mengukuhkan peranan MPBN sebagai saluran rasmi penyampaian pandangan dan cadangan belia kepada kerajaan, selaras dengan aspirasi Dasar Belia Malaysia dan matlamat Pembangunan Belia MADANI 2030.