- JBSN
- Hits: 731
Majlis Pra Perasmian Hari Sukan Negara (HSN) 2025 serta Pra Peluncuran KBS Masters Games 2025
- JBSN
- Hits: 731

PUTRAJAYA, 9 Julai 2025 – YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan Majlis Pra Perasmian Hari Sukan Negara (HSN) 2025 serta Pra Peluncuran KBS Masters Games 2025 dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Menara KBS, Putrajaya.
HSN 2025 yang membawa tema “Malaysia Aktif” akan berlangsung dari 10 hingga 12 Oktober 2025, dengan sambutan kemuncak bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak pada 11 Oktober 2025, yang akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Sebagai tambahan istimewa, KBS Masters Games 2025 akan diadakan pada 24 hingga 26 Oktober 2025, khusus untuk golongan berumur 40 hingga 60 tahun, membabitkan 19 acara sukan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga emas aktif dan atlet veteran.
