- JBSN
- Hits: 79
KP JBSN Sempurnakan Penyerahan Bendera kepada Pasukan Junior ke Asia Pickleball Open Championship 2025
- JBSN
- Hits: 79
PUTRAJAYA, 9 Julai 2025 – YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Malaysia kepada Pasukan Junior yang akan menyertai Asia Pickleball Open Championship 2025 di Da Nang, Viet Nam pada 13 hingga 15 Julai 2025.
Seramai 13 atlet muda akan membawa cabaran negara dalam kejohanan peringkat Asia ini.
Majlis yang diadakan di Menara KBS, Putrajaya turut dihadiri oleh En. Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) JBSN.