
Kem Belia @ Rakan Prihatin 2025
KOTA BHARU, 3 Julai 2025 – YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, merasmikan Kem Belia @ Rakan Prihatin 2025 di Pantai Cahaya Bulan Resort, Kelantan. Kem ini melibatkan 5,750 belia berumur 13–16 tahun di 115 lokasi seluruh negara, sebagai inisiatif intervensi sosial KBS melalui JBSN.
Program ini bertujuan memperkasa jati diri, mengelak gejala sosial, mencetuskan pemikiran kritis dan memupuk nilai murni belia. Modul khas merangkumi 11 topik utama, dibangunkan bersama agensi seperti PDRM, AADK, KKM, IPSAS-UPM dan NGO.
Kem ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Pembangunan Belia MADANI 2030, memperkukuh peranan belia sebagai aset negara.
