Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Johor


    Johor Bahru, 25 Mei 2025
    – Toppen Shopping Centre kembali bergema dengan sorakan dan semangat anak muda Johor sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025 Peringkat Negeri Johor yang telah disempurnakan oleh YB Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2025 Peringkat Negeri Johor yang mengiktiraf pencapaian luar biasa belia dalam tiga kategori utama: Individu Lelaki, Individu Wanita, dan Pertubuhan Belia.

    Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Tn. Hj. Abdullah Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS; YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN); YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Belia) JBSN; serta En. Shamsuhaime bin Basir, Pengarah JBS Negeri Johor.

    Sambutan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memartabatkan peranan belia sebagai ejen perubahan dan tonggak pembangunan negara.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search