Kuih Run Express 2025 Meriahkan PMR dan HBN Peringkat Negeri Johor


    Johor Bahru, 25 Mei 2025
    – Acara Kuih Run Express 2025, yang berlangsung sempena Program MADANI Rakyat 2025 dan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Johor, berjaya menarik penyertaan ramai dengan keunikan konsepnya – larian 5km yang disempurnakan dengan hidangan pelbagai jenis kuih tradisional dan air kelapa segar kepada semua peserta.

    Turut serta memeriahkan acara ini ialah YBrs. Tn. Hj. Abdullah Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan (KBS); YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN); serta En. Shamsuhaime Basir, Pengarah JBS Negeri Johor.

    Selepas larian, KP JBSN dan Pengarah JBS Johor turut menghadiri sesi siaran langsung bersama DJ Jeeha di JohorFM, berkongsi maklumat serta mengupas tema ‘Belia MADANI, Yakin Boleh’ yang menjadi teras kepada pelaksanaan Program MADANI Rakyat kali ini.

    Acara ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan belia, malah mengangkat elemen warisan makanan tradisional sebagai simbol jati diri nasional.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search