Program Komuniti Rakyat MADANI Perkasa Komuniti Luar Bandar di Kota Tinggi


    Kota Tinggi, 25 Mei 2025
    – Sempena penganjuran Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Johor, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah melaksanakan Program Komuniti Rakyat MADANI (PKRM) di Kampung Mawai Lama, Kota Tinggi, Johor.

    Program ini dijalankan dengan kerjasama Pertubuhan Ihsan Johor, komuniti setempat dan disokong oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui pendekatan inklusif dan berimpak tinggi.

    Antara pengisian utama ialah aktiviti gotong-royong di kawasan Jeti Kampung Mawai Lama serta pelaksanaan Projek Rumah Rakit, satu inisiatif proaktif dalam mempersiapkan komuniti menghadapi risiko banjir terutama semasa Monsun Timur Laut.

    Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Puan Noor Azleen binti Yusop, Pengarah Cawangan Kesukarelawanan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN, bersama Encik Richard Barahim, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan KBS serta pemimpin tempatan.

    Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa komuniti luar bandar melalui penglibatan belia, kesukarelawanan dan keprihatinan sosial selaras dengan aspirasi MADANI.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search