Bengkel TOT Program Pengurusan Organisasi Perkasa Peranan Pengendali Belia


    Seremban, 24 Mei 2025
    – Seramai 22 peserta dan 7 fasilitator daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) serta Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri telah menyertai Bengkel Training of Trainers (TOT) Program Pengurusan Organisasi yang berlangsung selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Mei 2025 di Palm Seremban Hotel, Negeri Sembilan.

    Program ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang bertujuan untuk memperkukuh keupayaan dan peranan pengendali program belia, khususnya dalam aspek pengurusan organisasi, selari dengan pendekatan pembangunan belia positif berasaskan kerangka 8C.

    Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Encik Hazan bin Dahari, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson, mewakili Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, sebagai tanda sokongan terhadap pemerkasaan kompetensi pemimpin dan penggerak belia di peringkat akar umbi.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search