- JBSN
- Hits: 82
Ketua Setiausaha Negara Lawat Reruai KBS Sempena Program MADANI Rakyat 2025 Johor
- JBSN
- Hits: 82
Johor Bahru, 24 Mei 2025 – YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), telah mengadakan lawatan ke reruai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Johor pagi tadi.
Lawatan ini disambut mesra oleh YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), bersama YBrs. Tn. Hj. Abdullah Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, dan barisan pengurusan tertinggi kementerian.
Selepas lawatan, Ketua Pengarah JBSN turut meluangkan masa meninjau Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Johor serta beramah mesra dengan petugas dan pengunjung program.
Majlis kemuncak Sambutan HBN Peringkat Negeri Johor 2025 iaitu Perasmian dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara akan diadakan esok, 25 Mei 2025, jam 12.30 tengah hari bertempat di rooftop Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.