- JBSN
- Hits: 158
Program Komuniti Rakyat MADANI Negeri Johor @ Rumah Pangsa Awam Larkin
- JBSN
- Hits: 158
Johor Bahru, 24 Mei 2025 – Sempena Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Johor, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah melaksanakan program satelit iaitu Program Komuniti Rakyat MADANI (PKRM) Johor 2025, bertempat di Rumah Pangsa Awam Larkin, Johor Bahru.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik beberapa kementerian termasuk Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan serta Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU). Selaras dengan nilai teras “Kemampanan” dalam konsep Malaysia MADANI, pelbagai aktiviti kemasyarakatan dilaksanakan seperti gotong-royong, saringan kesihatan percuma, perkhidmatan gunting rambut, khidmat nasihat farmasi, dan pelbagai khidmat komuniti lain yang digerakkan oleh lebih 300 petugas dan sukarelawan.
Menambah kemeriahan, anak-anak di kawasan perumahan ini turut menerima sumbangan raket badminton daripada Datuk Wira Lee Chong Wei, bekas jaguh badminton dunia yang juga merupakan Duta Sukan Johor.
Turut hadir menyokong inisiatif ini ialah YBrs. Tn. Hj. Abdullah Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS; YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah JBSN serta barisan pengurusan tertinggi KBS dan JBSN.
Program ini memperkukuh usaha menyemai nilai kebersamaan dan kesejahteraan dalam kalangan komuniti setempat, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.