YAB Perdana Menteri Sempurnakan Perasmian Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Johor



    Johor Bahru, 23 Mei 2025
    – YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, telah menyempurnakan Perasmian Program MADANI Rakyat 2025 Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.

    Program selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Mei ini membawa tema "Belia MADANI, Yakin Boleh", dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik serta inisiatif kerajaan yang direka khusus untuk manfaat para pengunjung, khususnya komuniti belia.

    Dalam majlis yang sama, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan cek cura simbolik bagi penyerahan Dana Sukan Komuniti (DSK) dan Geran Padanan Sukan (GPS) kepada persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat, sebagai langkah menyokong pembangunan sukan di peringkat akar umbi.

    Delegasi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang diketuai oleh YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah JBSN, turut hadir memeriahkan majlis perasmian sebagai tanda sokongan terhadap agenda pembangunan belia dalam kerangka Malaysia MADANI.

    Program ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh jaringan antara rakyat dan agensi kerajaan, serta memperkasakan golongan belia sebagai pemacu masa depan negara.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search