LIMA Aerospace Talent Challenge - Rakan Muda


    Langkawi, 23 Mei 2025
    – Bersempena penganjuran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2025, Kelab Rakan Udara Malaysia (KRUM) telah menganjurkan program Aerospace Talent Challenge – Rakan Muda yang berlangsung dari 21 hingga 23 Mei, melibatkan penyertaan aktif pelajar sekolah menengah dan universiti.

    Antara cabaran utama yang dipertandingkan termasuk FPV Drone Race Challenge, Aeronautic Model Renovation Challenge dan Rocketry Design Challenge, yang bertujuan mencungkil bakat muda dalam bidang aeroangkasa serta memupuk minat terhadap teknologi penerbangan dan inovasi.

    Majlis Trophy Relay Ceremony telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, yang turut menyerahkan cek cura bernilai RM45,000.00 kepada KRUM sebagai simbolik peruntukan Geran Padanan Sukan (GPS) untuk penganjuran program ini.

    Terdahulu, YB Hannah Yeoh turut menghadiri majlis perasmian Malaysia's First Registered Aerobatic Aircraft, the BG1 GameBird, sempena LIMA 2025.

    Turut hadir dalam program ini ialah En. Mohd Nizam bin Ismail, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

    Program ini mencerminkan komitmen berterusan KBS dan JBSN dalam memperkasakan belia melalui bidang berimpak tinggi seperti aeroangkasa dan teknologi masa depan.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search