- JBSN
- Hits: 88
Pelumba Muda Negara, Hakim Danish Lakukan Kunjungan Hormat ke atas Ketua Pengarah JBSN
- JBSN
- Hits: 88

Putrajaya, 26 Mei 2025 – Pelumba muda berbakat negara, Hakim Danish, yang semakin mencipta nama di pentas permotoran antarabangsa, telah melakukan kunjungan hormat ke atas YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), hari ini.
Dalam pertemuan tersebut, Hakim berkongsi perkembangan semasa serta pencapaian cemerlang beliau bagi tahun 2025, termasuk kejayaan muncul naib juara Red Bull MotoGP Rookies Cup bagi pusingan pertama dan kedua di Sepanyol dan Perancis, serta naib juara FIM JuniorGP World Championship pada pusingan pertama di Portugal.
Turut hadir dalam sesi kunjungan ialah En. Iliyas Rabbani, Ketua Jabatan Pembangunan Sukan Bermotor, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), dan En. Zulfahmi Khairuddin, Pengurus SIC Racing. Pertemuan ini mencerminkan sokongan padu JBSN terhadap pembangunan bakat sukan bermotor tanah air dan peranan penting kerjasama antara agensi dalam melonjakkan atlet ke peringkat dunia.
