
Putrajaya, 26 Mei 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) meneruskan inisiatif aktiviti kecergasan mingguan dengan penganjuran program Senam Seni yang berlangsung di Dewan Podium, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya.
Program ini terbuka kepada orang awam secara percuma, dengan tumpuan khas kepada komuniti setempat di Putrajaya. Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JBSN untuk mempromosikan gaya hidup sihat serta memupuk semangat kecergasan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Senam Seni dilaksanakan setiap minggu dengan pengisian yang menyeronokkan dan mesra semua lapisan usia, selaras dengan matlamat memperkukuh kesejahteraan fizikal dan mental rakyat Malaysia.
