Putrajaya, 26 Mei 2025 – Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Pn. Azura binti Abidin hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YAM Raja Saidatul Mardhiah binti Almarhum Sultan Idris di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh usaha pembangunan belia dan sukan negara tanpa mengira latar belakang atau status sosial. Perbincangan antara kedua-dua pihak turut menyentuh potensi kerjasama strategik, khususnya dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan belia di Negeri Perak.
Turut hadir dalam sesi kunjungan ini ialah En. Abd Aziz Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Sukan) JBSN, dan En. Syamsul Tahrin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) JBSN.
Pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada inisiatif yang lebih inklusif dan bersinergi dalam menjayakan agenda belia dan sukan negara secara menyeluruh.