Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2025



    Alor Setar, 17 Mei 2025
    – Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Kedah 2025 telah berlangsung dengan meriah selama dua hari bermula 16 hingga 17 Mei di Star Walk, Alor Setar. Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik seperti Program Belia Berselawat, Fun Run 5km, Explorace Rakan Muda serta pelbagai acara komuniti lain yang mendapat sambutan hangat daripada belia dan masyarakat setempat.

    Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), yang turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah 2025 kepada para penerima yang cemerlang dalam bidang pembangunan belia.

    Turut hadir memeriahkan sambutan ialah YBhg. Dato' Hj. Abdul Gafar bin Yahya, Datuk Bandar Alor Setar; YB Baddrol bin Bakhtiar, Ahli Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri Kedah; En. Mohammad Suhaimi bin Md Saad, Timbalan Pengarah JBS Negeri Kedah; dan Sdr. Mohd Amir Murshidi bin Dato' Hj. Samsudin, Presiden Majlis Belia Negeri Kedah.

    Program turut dimeriahkan dengan reruai jualan serta pameran agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakan strategik sambutan. YBrs. Pn. Azura juga turut menyertai acara Fun Walk sejauh 3km bersama masyarakat setempat, menunjukkan sokongan padu terhadap gaya hidup sihat dan penglibatan belia dalam aktiviti komuniti.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search