- JBSN
- Hits: 69
Delegasi Malaysia Sertai Latihan Pra-Pelepasan Program Pertukaran Belia Malaysia-Singapura
- JBSN
- Hits: 69
Cheras, 16 Mei 2025 – Seramai 17 orang belia Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun telah menyertai Pre-Departure Training I (PDT I) di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras sebagai persediaan menyertai Program Pertukaran Belia Malaysia-Singapura.
Latihan ini bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan delegasi melalui pelbagai pengisian termasuk sesi suai kenal, penajaan, etika berpakaian, program Fit Malaysia, patriotisme, disiplin, dialog belia, slot media dan kebudayaan, serta sesi perkongsian bersama alumni.
Delegasi turut berpeluang berinteraksi secara langsung dengan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Turut hadir ialah YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN dan En. Ahmad Faedzal bin Md Ramli, Setiausaha Bahagian Antarabangsa KBS.
Latihan ini menandakan komitmen berterusan KBS dalam melahirkan pemimpin belia yang berwibawa serta memupuk hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Singapura melalui pertukaran budaya dan pengalaman.