Mesyuarat Pengarah-Pengarah Bil. 2/2025



    MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH BIL. 2/2025

    KUALA LUMPUR, 10 Mei 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) terus memperkukuh kecekapan tadbir urus melalui penganjuran Mesyuarat Pengarah-Pengarah JBSN Bilangan 2 Tahun 2025 yang berlangsung dari 8 hingga 10 Mei 2025 di Kuala Lumpur.

    Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Puan Azura binti Abidin ini merupakan platform penting bagi menilai pelaksanaan strategi pengurusan dan pentadbiran jabatan secara menyeluruh.

    Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada lima komponen utama tadbir urus, iaitu:

    Pengurusan Kewangan dan Perolehan
    Pengurusan Aset dan Harta Modal
    Pengurusan Pembangunan
    Pengurusan Program dan Aktiviti
    Pengurusan Sumber Manusia
    Sebagai langkah memperkukuh keberkesanan pelaksanaan dasar dan inisiatif jabatan, sesi libat urus turut diadakan bersama beberapa entiti penting, termasuk Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, serta Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

    Hadir sama dalam mesyuarat ini adalah barisan Timbalan Ketua Pengarah JBSN:

    YBrs. Dr. Zainah Shariff, TKP (Pembangunan Belia)
    En. Abd Aziz Abd Rahman, TKP (Pembangunan Sukan)
    En. Syamsul Tahrin Mohd Tahir, TKP (Pembangunan Rakan Muda)
    Penganjuran mesyuarat ini selaras dengan komitmen JBSN untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan berimpak tinggi dalam usaha memacu pembangunan belia dan sukan negara secara holistik.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search