Kunjung Hormat Ketua Pengarah JBSN Ke Atas Menteri Belia dan Sukan Sabah





    Kota Kinabalu, 7 Mei 2025
    – Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Puan Azura binti Abidin, hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah bertempat di Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

    Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara JBSN dan Kementerian Belia dan Sukan Sabah, khususnya dalam menjayakan pelbagai inisiatif pembangunan belia dan sukan sempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025.

    Antara program utama yang dirancang ialah ASEAN Youth Volunteer yang bakal dilaksanakan di Sabah dan Sarawak, melibatkan penyertaan sukarelawan belia dari negara-negara ASEAN 🇲🇾.

    Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua pihak turut menyentuh aspek pelaksanaan program bersama serta inisiatif sedia ada yang telah dirangka oleh JBSN dalam memastikan pembangunan belia yang inklusif dan mampan.

    Turut dikemukakan ialah cadangan pelaksanaan Roundtable Discussion: ASEAN Youth Mental Health oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sebagai platform perbincangan kesihatan mental belia serantau .

    Turut hadir dalam sesi kunjungan ini ialah YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah; En. Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) JBSN; serta En. Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Negeri Sabah.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search