Bengkel Penyelarasan Projek Reben Kuning 2025 Perkukuh Kerjasama Antara Agensi Demi Belia Berisiko




    KUALA LUMPUR, 30 April 202
    5 – Majlis Penutup Bengkel Penyelarasan Pelaksanaan Projek Reben Kuning 2025 telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), di Hotel & Residensi Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

    Bengkel selama dua hari yang berlangsung pada 29 dan 30 April ini bertujuan menyelaras serta memurnikan perancangan pelaksanaan Projek Reben Kuning 2025. Turut hadir dalam bengkel ini ialah wakil pelbagai agensi berkaitan serta tokoh akademik dan penguat kuasa, termasuk YBrs. Prof. Madya Dr. Norruzeyati binti Che Mohd Nasir dari Universiti Utara Malaysia dan Encik Affendi bin Abu Bakar, Penguasa Penjara dari Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia.

    Projek Reben Kuning 2025, yang dijadualkan bermula Julai hingga Disember 2025, memberi tumpuan kepada pembangunan prospek belia berisiko melalui peluang pekerjaan, latihan ekonomi dan pembangunan kendiri. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha bersepadu dalam memulihkan serta memperkasa belia agar kembali aktif menyumbang kepada masyarakat.

    Hasil perbincangan dan perancangan dalam bengkel ini telah menunjukkan kemajuan memberangsangkan, dengan lebih daripada 20 majikan bersetuju untuk menyokong inisiatif ini melalui penyediaan 170 penempatan kerja kepada peserta Projek Reben Kuning.

    Selain itu, satu dimensi baharu turut dirancang bagi tahun ini, iaitu peluasan pelaksanaan Program Rakan Muda ke Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney di bawah pengurusan Jabatan Penjara Malaysia. Langkah ini diharap dapat memperkukuhkan lagi impak intervensi sosial terhadap belia berisiko tinggi melalui pendekatan inklusif dan berterusan.

    Projek Reben Kuning 2025 dijangka menjadi pemangkin kepada kolaborasi pelbagai pihak dalam memastikan tiada belia tercicir daripada arus pembangunan negara.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search