KONVENSYEN RAKAN MUDA 2025





    Kuala Lumpur, 26 April 2025
    – Konvensyen Rakan Muda 2025 kembali dengan penuh semangat, menghimpunkan lebih 200 peserta dari Kelab Rakan Muda dan Sekretariat Rakan Muda seluruh negara dalam acara berprestij yang berlangsung pada 26 hingga 27 April 2025.

    Konvensyen dua hari ini menyaksikan pelbagai aktiviti interaktif dan pengisian ilmu bertujuan memperkasakan belia Malaysia. Majlis Perasmian Konvensyen Rakan Muda 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, manakala Majlis Penutup pula akan disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

    Antara pengisian utama sepanjang konvensyen ini termasuk:

    Perbincangan Strategik: Rakan Muda Are You Ready bersama YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
    Sesi Rakan Muda: Refresh bersama En. Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) Jabatan Belia dan Sukan Negara.
    Pembentangan, forum serta taklimat daripada tokoh-tokoh berpengalaman dalam bidang pembangunan belia.
    Konvensyen ini juga menjadi medan penting untuk memperkukuh jaringan antara ahli Kelab Rakan Muda, memperkasa Sekretariat Rakan Muda di setiap negeri, serta memperbaharui komitmen terhadap misi Rakan Muda dalam membentuk generasi belia Malaysia yang progresif dan berdaya saing.

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search