- JBSN
- Hits: 112
PERHIMPUNAN BULANAN JBSN TEKANKAN VISIBILITI DAN KETERLIBATAN MASYARAKAT
- JBSN
- Hits: 112


PUTRAJAYA, 25 April – Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Bil. 3 Tahun 2025 telah berlangsung hari ini di Dewan Podium, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya. Majlis disempurnakan oleh Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Puan Azura binti Abidin.
Dalam amanat beliau, Puan Azura menekankan kepentingan peningkatan visibiliti jabatan yang bukan hanya terhad kepada aspek penjenamaan semata-mata, malah turut melibatkan kebertanggungjawaban dan keterlibatan aktif di lapangan serta bersama masyarakat.
Beliau turut menghargai dedikasi seluruh pegawai dan warga JBSN di peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah yang sentiasa komited dalam memastikan kelancaran perancangan program dan pengoperasian jabatan.
Turut hadir dalam perhimpunan tersebut ialah YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Belia); En. Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda); serta barisan pengarah cawangan, negeri dan akademi di bawah naungan JBSN.
Perhimpunan ini turut dilaksanakan secara hibrid, dengan penyertaan daripada seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Kawasan dan Bahagian di seluruh negara.
Dengan semangat juang dan komitmen tinggi, JBSN terus mara ke hadapan dalam mendokong agenda pembangunan belia dan sukan negara.
#JBSN #BeliaMajuSukanHebat #DemiNegara
