- JBSN
- Hits: 208
MAJLIS PELEPASAN PASUKAN MEMANAH BERKUDA MALAYSIA KE PERTANDINGAN PIALA DUNIA DI CHINA
- JBSN
- Hits: 208

Putrajaya, 24 April 2025 – Telah berlangsung Majlis Pelepasan Pasukan Memanah Berkuda Malaysia ke Pertandingan Piala Dunia Sukan Memanah Berkuda – Kelayakan Kumpulan 1 Asia 2025 yang akan diadakan di Wilayah Anhui, China bermula 29 April hingga 2 Mei 2025.
Pasukan negara yang terdiri daripada 4 orang atlet dan 3 pegawai pengiring akan membawa cabaran Malaysia dalam kejohanan berprestij ini, yang menghimpunkan pemanah berkuda terbaik dari serata Asia.
Majlis pelepasan ini telah disempurnakan oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, serta disaksikan oleh YBrs. Pn. Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, dan YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui JBSN sentiasa komited dalam usaha memperkasa pembangunan sukan negara, termasuklah sukan tradisional seperti memanah berkuda. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat dan menyemai semangat perpaduan menerusi sukan.
