- JBSN
- Hits: 167
KETUA PENGARAH JBSN RASMIKAN ‘JCI INSPIRE FEST 2025 – INSPIRE YOUTH DAY’
- JBSN
- Hits: 167
KUALA LUMPUR, 18 April 2025 – ‘JCI Inspire Fest 2025 – Inspire Youth Day’ melabuhkan tirainya dengan penuh semangat apabila YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) hadir bagi merasmikan pembukaan rasmi festival tersebut yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.
Acara anjuran Junior Chamber International (JCI) ini merupakan sebuah inisiatif kepimpinan belia global yang berfokuskan kepada pembentukan impak positif dalam komuniti melalui penglibatan aktif anak muda dalam pelbagai bidang.
Festival selama tiga hari bermula 18 hingga 20 April 2025 ini menghimpunkan golongan belia dari pelbagai latar belakang yang terlibat dalam segmen kepimpinan, keusahawanan dan khidmat komuniti, sekali gus memperkukuhkan jaringan kerjasama dan pembangunan kapasiti belia di peringkat nasional dan antarabangsa.
Dalam ucapan perasmiannya, YBrs. Puan Azura menekankan pentingnya platform seperti ini dalam memupuk semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda, seiring dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui inisiatif Rakan Muda yang memberi tumpuan kepada pembangunan sahsiah dan potensi belia negara.
Penganjuran program ini jelas menunjukkan usaha kolektif pelbagai pihak dalam memperkasakan suara dan peranan anak muda sebagai pemacu perubahan dalam komuniti.
#JCIInspireFest2025 #InspireYouthDay #RakanMuda #TeamKBS #TeamJBSN #MalaysiaMADANI #BeliaPemacuNegara #JBSNKomited