BUKIT JALIL, 21 April 2025 – Kempen ‘Play True Day 2025’ telah dilancarkan dengan penuh semangat hari ini di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, dalam usaha memperkasakan budaya sukan yang bersih dan bebas daripada doping dalam kalangan atlet dan komuniti sukan negara.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, yang turut menyampaikan mesej utama kempen bertemakan “Play True: It Starts With You”, menyeru seluruh warga sukan untuk menghayati dan mengamalkan nilai integriti dalam sukan.
YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), turut hadir bagi memeriahkan majlis serta menyatakan komitmen JBSN dalam menyokong usaha membudayakan sukan bersih sebagai tunjang pembangunan belia dan atlet negara.
Terdahulu, YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), telah menyempurnakan acara pelepasan Larian ‘Play True Day 2025’ yang disertai oleh para atlet, pegawai sukan serta komuniti setempat sebagai simbol solidariti dalam perjuangan menentang penggunaan bahan terlarang dalam sukan.
Kempen tahunan yang digerakkan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) ini terus menerima sokongan padu daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pertubuhan sukan dan masyarakat umum.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh melayari profil rasmi Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).
‘Play True’, JBSN Komited!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #MADANISihat #PlayTrueDay2025 #SukanUntukSemua