PUTRAJAYA, 17 April 2025 – YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan JBSN yang diadakan secara berkala setiap bulan di Ibu Pejabat JBSN, melibatkan penyertaan semua Timbalan Ketua Pengarah bahagian serta barisan Pengarah Cawangan.
Mesyuarat ini memberi penekanan terhadap kepentingan visibility program dan aktiviti jabatan di peringkat akar umbi, bagi memastikan manfaatnya dapat disalurkan secara menyeluruh kepada kumpulan sasar utama iaitu golongan belia.
Turut dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah mekanisme terbaik untuk mengetengahkan kisah kejayaan belia yang telah menyertai pelbagai inisiatif anjuran JBSN. Langkah ini bertujuan menjadikan pengalaman mereka sebagai inspirasi kepada masyarakat umum, sekali gus meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penglibatan aktif dalam program pembangunan belia dan sukan.
JBSN turut menzahirkan komitmen berterusan dalam menambah baik perkhidmatan, termasuk aspek pelaksanaan program serta penyediaan kemudahan dan fasiliti, demi memacu pembangunan belia dan sukan negara.
JBSN terus komited! ⚡️
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI