JELAJAH RAKAN MUDA: IHYA' RAMADAN RAKAN MUDA @ ZOO NEGARA 2025 MERIAH DENGAN KEHADIRAN ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF





    Kuala Lumpur, 22 Mac 2025 – Seramai lebih 80 anak-anak yatim dan asnaf dari Kompleks Darul Kifayah serta belia dari PPR Cempaka telah diraikan dalam program Jelajah Rakan Muda: Ihya' Ramadan Rakan Muda @ Zoo Negara yang berlangsung kelmarin.

    Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) ini turut mendapat kerjasama erat serta tajaan daripada Decathlon Malaysia dan Zoo Negara, menjadikannya satu acara yang penuh makna dalam menyemarakkan semangat Ramadan.

    Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan bagi peserta, antaranya sesi interaktif di Decathlon Kuala Lumpur City Centre (KLCC), sesi jalan santai serta pertunjukan haiwan di Zoo Negara, selain pengalaman istimewa di Decathlon Playzone. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberikan pengalaman baharu buat mereka tetapi juga memberi peluang untuk menimba ilmu dalam suasana yang menyeronokkan.

    Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara serta Pn. Jiao Li, Ketua Pegawai Eksekutif Decathlon Malaysia. Kehadiran mereka menzahirkan sokongan terhadap inisiatif yang memberi manfaat kepada golongan muda serta komuniti yang memerlukan.

    Sebagai penutup program, majlis berbuka puasa dan serahan barang sumbangan telah diadakan. Upacara ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) JBSN serta YBhg. Datuk Rosly @ Rahmat Ahmat Lana, Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia.

    Program seperti ini mencerminkan komitmen KBS dan JBSN dalam membangunkan generasi muda yang lebih berdaya maju serta berjiwa prihatin. Semangat "Yakin Boleh, Rakan Muda!" terus ditiupkan dalam usaha memperkasakan belia Malaysia.

    #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda

     

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search