- JBSN
- Hits: 328
MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
- JBSN
- Hits: 328


Kuala Lumpur, 20 Mac 2025 – Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Kebangsaan telah melabuhkan tirainya dengan majlis penutup yang berlangsung dengan penuh meriah di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras.
Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, sebagai simbolik kepada kejayaan penganjuran program yang memberi manfaat besar kepada golongan belia sepanjang bulan Ramadan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Pn. Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS dan YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), yang turut memberikan sokongan penuh kepada program ini.
Majlis ini juga menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan hafazan, bercerita, nasyid serta azan dan iqamah. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan bakat dan kesungguhan mereka sepanjang pertandingan ini berlangsung.
Inisiatif Rakan Muda tidak terhenti setakat ini, lebih banyak lagi program serta aktiviti menarik bakal menanti para belia di seluruh negara. Teruskan setia bersama Rakan Muda dalam usaha membina generasi belia yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Rakan Muda Ramadan, JBSN Komited!
